Perjalanan Epik TRW untuk muncul Juara Piala Malaysia 2010

Piala Malaysia akhirnya jadi 'hok kito'

Masih dalam ‘mood’ gumbira setelah pasukan pujaan ramai The Red Warriors (TRW) mencipta sejarah, muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali pada malam 30hb oktober 2010 yang lalu di ‘venue‘ sama tahun lepas yang mana kami semua pulang longlai dengan perasaan hampa.

Kontras untuk tahun ini, 2010 menyaksikan para peminat TRW bersorak girang dan pulang dengan wajah penuh keceriaan serta berlapang dada. Semua bagaikan berpesta.

Episod perjalanan TRW ke pentas final untuk tahun ini agak berliku. Walaupun layak ke Piala Malaysia selaku naib juara Liga Super (kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan Kelantan dalam liga utama), namun diundi bersama juara bertahan, iaitu skuad Jang’s dalam kumpulan A.

Memulakan kempen Piala M’sia iaitu pada sekitar musim aidilfitiri lalu, TRW tewas 0-1 kepada N9, bukanlah suatu yang harus dikenang. Dengan sokongan padu yang  begitu luar biasa dengan puluhan ribu peminat TRW memenuhi segenap inci Stadium Sultan Muhammad ke-IV  (stadium keramat buat TRW), namun kemenangan gagal dicapai.

Namun  TRW tetiba bangkit pada pusingan kedua saingan dan aksi terbaik ditonjolkan ketika berjaya mengikat N9 2-2 di paroi setelah ketinggalan 0-2 pada suatu ketika.

Bagaikan harimau terluka, TRW terus mengaum merakam kemenangan demi kemenangan dan akhirnya layak ke pusingan suku akhir selaku naib juara kumpulan A.

Di suku akhir, pasukan gergasi merah sedang menanti. Pasukan yang perlu dielakkan oleh mana-mana pasukan. Dengan reputasi selaku juara Liga Super dan dibintangi oleh rata-rata pemain kebangsaan, Selangor dilihat calon ‘favourite’.

Namun berbekalkan semangat baru yang berkobar-kobar, TRW tidak menoleh kebelakang, bagaikan terkena rasukan, habis semua pasukan ditewaskannya. Selangor yang dilihat mampu menjulang piala, namun telah berjaya ditunjuk jalan keluar oleh TRW setelah menang dengan agreget 3-0 hasil kemenangan mutlak 3-0 di Kota Bharu.

Angin kemenangan beserta semangat baru terus dibawa ke separuh akhir, kali ini pasukan Kenari iaitu Kedah menanti di Alor Star pada separuh akhir. TRW berjaya mengikat kedah 0-0 dan menandakan Kedah memilih laluan sukar untuk layak ke final kerana adalah sesuatu yang mustahil untuk menang di Kota Bharu berdasarkan prestasi TRW pada ketika itu yang sedang memuncak.

Namun bukan juga tugas mudah untuk TRW kerana Kedah pernah mengecewakan kita bukan sekali tetapi 2 kali, iatu pada aksi Liga Super tewas 0-1 hasil kesilapan mudah oleh Syed Adney dan dijaringkan oleh anak kelantan sendiri, Azlan Ismail dan satu lagi pada aksi Piala FA.

Kawe bertuah pada malam itu kerana dapat tiket ‘undangan Khas’ untuk tempat duduk di Astaka. Pada separuh masa pertama, TRW banyak menguasai permainan dengan jumlah percubaan 9 kali,percubaan tepat 7 kali. Pujian harus diberikan kepada keeper Kedah, Helmi Eliza.

Untuk 2nd half pula, Kedah dilihat mula memperkemaskan rentak dengan sekali-sekala menguji benteng TRW. Namun barisan pertahananan TRW kental bertahan. Dan Norshahrul Idlan Talaha muncul wira apabila menjaringkan gol menarik seterusnya memaksa para peminat mengembara ke Bukit Jalil untuk kali ke-2 berturut-turut.

Final tahun ini seperti ulangan tahun lepas,dan TRW pastinya akan berusaha keras untuk merangkul buat pertama kalinya Piala Malaysia manakala di kem N9 pastinya ingin mempertahankan piala yang menjadi milik mereka pada tahun lepas.

Aksi dimulakan tepat jam 8:45mlm, stadium penuh dengan para penyokong kedua-dua pasukan, majoriti nya adalah peminat TRW yang memenuhi hampir 70% stadium. Tahun ini, kawe kurang bernasib baik sedikit, dapat duduk di belakang gol, walaupun sudut pandangan agak tidak memuaskan, namun kesemua gol dijaringkan di sebelah gol tempat duduk kami.

Akhirnya, Piala Malaysia menjadi milik mutlak TRW. Hasil kemenangan 2-1 gol dijaringkan oleh Hairuddin Omar (pemain yang memusnahkan sisa-sisa perjuangan TRW pada aksi final tahun lepas) dan Badri Radzi.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMINAT TRW!!  TERUSKAN SOKONGAN ANDA!! KEMAH SEP KITOW!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s