Sekitar Keputusan Perlawanan Semalam

29 Ogos 2009 (Sabtu)

*Waktu oo:10

Semalam ada 4 perlawanan yang menarik, dimulakan tepat jam 00:10 dengan perlawanan yang digelar “Clash of the Titans” menemukan Manchester United vs Arsenal di Old Trafford.

rooern-412

Rooney meneruskan momentum gol-nya, untuk gol ke 4 musim ini.

Arsenal tanpa Cesc Fabregas, seperti kapal tanpa nakhoda. Itu jelas.

Man UTD bangkit menewaskan Arsenal, 2-1 setelah ketinggalan dengan gol memukau dari Arshavin sebelum Rooney menyamakan kedudukan. Abou Diaby menjaringkan gol sendiri untuk memberikan 3 mata buat United.

*Waktu 00:20

Seterusnya terbang ke Jerman, perlawanan kedua Bundesliga menemukan juara bertahan VFL Wolfburg vs Bayern Munchen.

Wolfburg yang masih terngiang-ngiang kemenangan selesa 5-1 ke atas Bayern pada penghujung musim yang lalu, kali ini terpaksa akur dengan keperkasaan skuad Bavaria apabila tewas mudah, 3-0.

Arjen-Robben-Wofsburg-Celeb_2354039

Flying Dutchmen : 2 goals in his debut. Dunke!

Mario Gomez membuktikan statusnya sebagai pemain paling berharga Bundesliga dengan membuka tirai jaringan buat Bayern manakala Arjen Robben, yang baru dibeli juga mencuri tumpuan dengan 2 gol.

*Waktu : 00:22

Kita singgah ke Itali seketika, kerna liga Serie A Italy membuka tirainya pada hari ini, juga untuk menyaksikan perlawanan seteru sejiran antara Inter Milan, bimbingan Jose Mourinho dengan AC Milan, dibimbing jurulatih baru, Leonardo.

milito_etoo_main_reuters.jpg_1263901871

Gabungan penggempur paling ditakuti di Eropah. Milito & Etoo.

Hasil keputusan tidak seperti dijangka, AC Milan yang baru kelihangan wira mereka Kaka, jelas lesu tanpa kelibat Kaka. Mereka bukan tandingan buat Inter apabila di belasah 4-0.

Gol-gol telah dijaringkan oleh Thiago Motta, Diego Milito, Maicon & Dejan Stankovic. Manakala Gennaro Gattuso , pemain panas baran di arah keluar padang setelah menerima kad merah.

*Waktu 02:10

Destinasi terakhir untuk malam ini ialah Sepanyol. Pasti ramai yang ternanti-nanti untuk melihat pasukan yang digelar “New Galacticos”, yang dibintangi Kaka, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Xabi Alonso, Raul Albiol, iaitu Real Madrid.

Real menanti kunjungan Deportivo di San Bernabeu, seperti dijangka membariskan kesemua bintang-bintangnya termasuklah kuda tua pujaan peminat yang juga kapten, Raul.

Raul membuktikan status kuda tua bukan penghalang dicelah-celah “Galacticos” batch baru itu apabila membuka tirai jaringan untuk gol pertama. Riki menyamakan kedudukan buat Deportivo.

Spain Soccer La Liga

Mampukah "Galacticos" era baru ni mengatasi batch terdahulu?

Pemain termahal dunia, C.Ronaldo berjaya menyempurnakan penalti untuk kembali meletakkan Real di depan. Tetapi Deportivo sekali lagi menyamakan kedudukan melalui Juan Carlos Valeron.

Real akhirnya merasa lega, apabila Lassana Diarra menjaringkan gol kemenangan untuk mengelak aib skuad termahal dunia itu. Ini juga membuktikan kata-kata “puasa bukan penghalang”.

Nota: Untuk Moron-ho, belajarlah menghormati orang lain. Bak kata pepatah melayu, kerana mulut badan binasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s