Daily Archives: August 15, 2009

Musim Baru EPL 2009/10 : Sepak Mula Malam Ni!

Setelah berehat sekitar bulan Mei yang lalu, kini pentas EPL bakal dirancakkan kembali.

Sentuhan Cesc, Si budak ajaib pasti terus ditagih.

Sentuhan Cesc, Si budak ajaib pasti terus ditagih.

Kedai-kedai Mamak pasti dipenuhi para peminat bola tika malam-malam minggu nanti. Tapi, yang ada Astro pasti akan beralih ke channel 812 & 813 untuk hiburan pada hujung minggu.

Walaupun jendela perpindahan masih di buka, proses perpindahan untuk musim ini begitu rancak sekali dengan pergi nya wira kesukaan ramai, Cristiano Ronaldo pastinya dirindui oleh para pengurus alam maya di liga fantasi.

Ketiadaannya bukan penentu kehebatan sebenar United.

Ketiadaannya bukan penentu kehebatan sebenar United.

Pastinya tumpuan akan terus diberikan kepada pasukan “The Big Four” – Man United, Arsenal, Chelsea & Liverpool.

Manakala pasukan dari zon pertengahan seperti Aston Villa, Tottenham Hotspurs juga pasukan berbelanja mewah, Man City dilihat hanya mampu memberikan saingan sekadar di awal saingan sahaja.

Terry - Tewas

Terry pastinya tidak mahu terus kempunan. Pasti bangkit!

Jadi, jangan ubah channel anda. Kekal di channel 812 & 813. Tapi kawe malam ni mungkin akan beralih ke channel 816 untuk event yang lebih patriotik.

Berikut jadual EPL untuk malam ni: Sepak Mula untuk Musim 2009/2010

EPL sepak mula

Tapi pemain Man United & Liverpool sepak lewat sikit.