Daily Archives: July 23, 2009

Paka-DUNGUN-Machang

dsc00046

Mercu Tanda : Replika keretapi yang pernah digunakan untuk memunggah biji besi, menjadi mercu tanda Dungun, selain daripada Penyu.

April 11st, 2009

– Memulakan kerja di HPA Cawangan Dungun. Tinggal di rumah sedara kat Paka.

– Selama 3 bulan berulang-alik selama 20minit dari Paka ke Dungun. Nasib baik harga petrol pun dah murah.

– Balik kampung pun hanya sempat sebulan sekali sahaja.

– Segala suka & duka semasa tinggal di Dungun, walaupun untuk seketika akan kekal dalam lipatan kenangan.

– Kenangan terindah, dapat berkenalan dengan orang-orang di sana. Dan kenangan kurang indah, kereta rosak!

– Terima kasih daun keladi buat rakan-rakan seperjuangan Jamil Shah, Ust Imron, Kak Asma, Kak Bie, Ana.

“May Allah bless u all!”,-skyp3

Dungun… Tanjung Jara… Paka… Pantai UiTM…Pinang Merah…Bank Islam…Pasar Malam Paka…Kedai Pak Haji…Warung Power!

Foto0058

Staf Dungun (dari kiri) : Ust Imron, Mat, Jamil Shah, Kak Asma & Kak Bie

July 11st, 2009

– Dipindahkan ke cawangan Machang pula. Dekat dengan rumah. Cuma 10minit.

– Kenangan kerja di Dungun, tetap yang terindah dalam sejarah hidup kawe.

– Ada masa, kita jumpa lagi. Wassalam.