Sep Kitow Musik Vol.1 – Review

ink+mey

Peluh mula menitis sebaik sahaja acara bermula. Haha! Berkilat dahi.

Bertolak dari rumah lebih kurang jam 12:45 t/hari.

Dengan menaiki WJM7225, keluaran 2001. Kami bertiga meluncur dengan halaju sederhana, tiba di Pasir Tumboh tepat jam 1:20 pm.

Destinasi pertama disinggahi, ialah sebuah masjid di Pasir Tumboh untuk solat dzuhur. Gig-gig juga, yang wajid tetap kena laksana.

Destinasi kedua disinggahi, ialah kedai makan juga di Pasir Tumboh untuk lunch. Gig-gig juga, perut tetap kena isi dulu.

Selesai makan, terus bergegas ke REAL 7 Futsal Arena, tempat Gig “Sep Kitow Musik Vol.1” yang telah pun bermula.

Seperti dijangka kalayak yang hadir rata-rata remaja belasan tahun.

“Mungkin kawe dah tua untuk event-event macam nih”, -skyp3.

Pentas telah pun bermula, dan diteruskan oleh band Pesawat. Kelihatan anak-anak muda kelantan begitu teruja dengan persembahan band dari Ampang ni. Semasa persembahan Pesawat, mic vokalis kelihatan seakan-akan tidak berfungsi, mungkin tenggelam dek kerana suara audience yang ramai turut ber-sing along. Pesawat mempersembahkan beberapa buah lagu antaranya Rasional Emosional, Mirage, Medula Oblomgata, Excuse Me serta sebuah lagu baru berjudul Hitam. Keseluruhan persembahan Pesawat agak menghiburkan.

Foto0062 copy

Pesawat : Brader JiPiE tengah menggoreng gitar. Kasi hangit brader!

Dewan futsal dah semakin panas, baju kawe dah berpeluh nih.

Band seterusnya bukan calang-calang, band Couple yang telah pun dikenali sehingga ke seberang laut naik ke pentas. Para audience yang pada mulanya kelihatan agak santai dengan semuanya duduk rehat seketika. Bermula dengan pukulan drum padu, lagu Rok n Roll di mainkan sebagai salam perkenalan. Para audience sertamerta bangun ber-pogo. Keadaan semakin sesak setelah lagu Tentang Kita dimainkan. Kelihatan bouncer-bouncer sedang mengawal keadaan yang kelihatan semakin tidak terkawal.

Dan kawe pun ajak Jak & Man, supaya berundur seketika untuk mengambil sedikit nafas dan juga untuk membasahkan tekak.

Foto0066 copy

Couple : Persembahan mereka memang tidak menghampakan.

Acara diberhentikan buat seketika selama 30 minit, untuk menghormati waktu solat Asar.

Selepas itu, tiba lah band yang ditunggu-tunggu ramai, The Times meneruskan acara. Irfan lebih awal turun, diikuti oleh Mono,Moon dan diakhiri oleh Naza. Para peminat telah mula menghampiri pentas untuk memenuhi bahagian depan. Bimbang keadaan menjadi huru-hara, kawe memilih jalan selamat dengan mengajak Man naik ke tingkat atas untuk menyaksikan persembahan The Times dari jauh sahaja.

Pemilihan lagu yang berentak catchy oleh The Times memang cukup sesuai dengan rentak & atmosfera di dalam dewan pada tika itu. Kelihatan para audience yang begitu teruja berpogo juga agak merisaukan. Keadaan semakin tidak terkawal, ini memaksa pihak urusetia mengerah lebih ramai bouncer. Pihak urusetia juga telah berulang kali melaungkan amaran, supaya para audience lebih bersopan namun tidak diendahkan. Para audience kelihatan seakan-akan hilang kawalan seperti lagu The Times, sesekali ada yang menanggalkan baju tika ralit menari mengikut irama, juga ada yang membaling botol & selipar ku udara. Sungguh merisaukan!

Sehabis sahaja persembahan The Times, kami pun pulang ke pangkal jalan. Ini mungkin gig yang terakhir. Cukup lah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s