Brilliant Barca!

Magis Messi : Aksinya begitu memukau dan aksi semalam menjadikannya seaakan-akan seorang ahli silap mata. -UEFA.com™

Magis Messi : Aksinya begitu memukau dan aksi semalam menjadikannya seaakan-akan seorang ahli silap mata. -UEFA.com™

B-R-I-L-L-I-A-N-T!

Hanya satu perkaatan, untuk aksi pemain Barca pada aksi awal pagi tadi, tika mereka mudah meratah juara Bundesliga, FC Bayern Munchen 4-0.

Keempat-empat gol dijaringkan pada separuh masa pertama.

Gol 1

Lionel Messi memulakan pesta gol Barca, dengan gerakan yang dimulakan oleh Andres Iniesta membuat hantaran kepada Eto’o yang kemudiannya melorongkan kepada Messi di sebelah kanan dan dengan tenang menyudahkan untuk gol pertama.

Gol 2

Kali ini giliran Messi pula memulakan gerakan di sebelah kanan dan tanda disedari oleh benteng Bayern, Samuel Eto’o membuat larian ke dalam kotak penalti dan Messi dengan bijak membuat hantaran ke Eto’o yang telah pun melepasi perangkap “offside” dan terus merembat kencang untuk gol ke2.

Gol 3

Henry membawa bola di sebelah kiri memperdaya pertahanan Bayern dan membuat “overlapping” ke tengah dan Messi dengan mudah menampan bola terus menerjah jaring walaupun diapit kiri dan kanan oleh benteng Bayern.

Gol 4

Gol ke4 ni wajar dimuaturun untuk tatapan generasi akan datang! Kombinasi yang cukup-cukup menarik ditunjukkan oleh 4 pemain. Bermula dengan hantaran 1-2 antara Messi dengan Dani Alves, dan kemudiannya Messi melakukan “cheeky pass” kepada Eto’o. Eto’o yang dikawal ketat kemudianya berjaya melakukan “clever backheel” kepada Henry di sebelah kiri yang tidak dikawal dan dengan mudah merembat leret ke penjuru kanan tiang gol Bayern.

*Whao! Ini baru dipanggil “Joga-Bonito”!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s