Kanoute : Inspirasi Muslim Sejati

PALESTINA - Tanda sokongan dan simpati buat saudara semuslim di bumi Palestin

Begitu syahdu dan bagaikan sebak sekita apabila saudara semuslim kita sedang merintih di bumi Palestin ditindas dek kerakusan rejim zionis yang tidak berperikemanusiaan.

Semoga Allah swt akan memberikan 1001 rahmat kepada mereka di Palestin. Amin!

Tapi yang lebih menariknya di sini ialah apabila semalam ketika berlangsung pertandingan Copa Del Rey, Sepanyol. Menemukan pasukan Sevilla dan Deportivo La Coruna yang berakhir 2-1 untuk Sevilla ada sesuatu yang cukup sentimental untuk dikongsi.

Frederic Kanoute ketika meraikan gol untuk pasukannya telah memperlihatkan tulisan pada baju dalam putihnya yang tertulis PALESTINA (Palestin dalam Bahasa Sepanyol), pemain antarabangsa Mali ini memang seorang muslim sejati!

Dia tanpa berselindung memperlihatkan rasa prihatinnya terhadap seluruh bangsa palestin didepan ribuan penonton yang sebahagian besarnya adalah bukan muslim yang menonton pertandingan tersebut dan akibatnya beliau telah pun dilayangkan kad kuning oleh pengadil di atas tindakannya itu.

Dilahirkan pada 1977, beliau pernah diiktiraf sebagai pemain terbaik Afrika pada 2007 ini juga pernah menunjukkan kecintaannya terhadap agama Islam apabila menyumbangkan sebahagian daripada gaji tahunannya sebanyak 700.000 USD untuk membeli sebuah masjid yang terancam untuk dijual oleh Kerajaan Tempatan di tengah-tengah kota Sevilla pada tahun 2007 yang lalu.

Luar biasa, semoga kita mampu mengambil semangat ‘jihad’ nya Kanoute dengan memberikan yang terbaik yang kita mampu untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Takbir!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s