Adi Dassler : Pencipta Sejati

ADIDAS diambil bersempena nama penciptanya, Adi Dassler.

Dilahirkan pada 3 November 1900 di sebuah kawasan terpencil bernama Herzogenaurach, Jerman, Adolf “Adi” Dasslèr ataupun lebih dikenali dengan Adi Dasslèr ialah merupakan pengasas kepada produk jenama sukan yang termasyhur seantero dunia, iaitu ADIDAS!

Bermula kerjaya hanya sebagai tukang pembuat kek, Adi mula mereka-mereka kasut sukannya sendiri di dapur rumahnya setelah pulang dari Perang Dunia ke-2. Ayahnya, yang bernama Christoph merupakan seorang pekerja buruh di sebuah kilang kasut, manakala abangnya, Zehlein juga pernah mencipta kasut trek buatan tangan telah memberikan sokongan serta semangat kepada Adi untuk memulakan perniagaannya sendiri di bawah label Adidas bersempena namanya sendiri (“Adi das”sler)

Pada tahun 1936, semasa berlangsungnya Sukan Olimpik di Berlin, Adi telah mencipta sepasang kasut pecut kepada pelari muda Amerika Syarikat bernama Jesse Owens. Owens membuat kejutan dengan memenangi 4 pingat emas melalui acara 100m, 200m, 4x100m dan lompat jauh.

Di kejohanan Piala Dunia 1954 di Bern, Switzerland. Pada perlawanan akhir, pasukan Jerman yang ketinggalan 0-2 kepada pasukan terkuat 1950-an, iaitu Hungary, memerlukan keajaiban untuk bangkit pada separuh masa kedua. Tanpa diduga hujan mula turun sebaik separuh masa kedua bermula, para pemain memerlukan but yang kuat cengkaman untuk mereka beraksi dengan baik di atas permukaan padang yang agak licin. Pasukan Jerman yang memakai but Adidas telah bangkit menewaskan Hungary 3-2 seterusnya memenangi Piala Dunia buat kali pertama.

Fosbury Flop – Revolusi teknik lompatan yang diilhamkan oleh Dick Forbury

Pada 1968, Olimpik di Mexico City. Atlet Amerika Syarikat bernama Dick Fosbury telah merevolusikan teknik lompatan bagi acara lompat tinggi dengan melompat cara membelakangkan palang. Adi telah mencipta 2 pasang kasut berlainan untuk Fosbury merialisasikan teknik barunya itu. Hasilnya, Fosbury berjaya memecahkan rekod dunia seterusnya memenangi pingat emas.

Sehinggalah ke hari ini, nama-nama seperti Maradona, David Beckham, Kaka, Shansuke Nakamura & sebahagian lagi pemain bola sepak meneruskan legasi menggunakan jenama Adidas dan menjadikannya cukup sinonim dengan sukan.

Label Adidas bukan sahaja masyhur di atas padang, balapan & stadium.. mendiang Bob Marley, Oasis dan KoRn bahkan ramai selebriti-selebriti menggunakan jenama ini dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan mereka.

“Mr. Adi Dasslèr : Pencipta Sejati!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s